Pages

Subscribe:

SEJARAH SEKOLAH

Pada Januari 1963, 2 Kelas murid Darjah 1 yang didaftarkan atas nama Ulu Kelang Primary English School, Kuala Lumpur. Sekolah ini menumpang di SRJK ( Ing. ) Jalan Gurney. Pada 12 Julai 1963, Kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah baru dimulakan di Ulu Kelang New Village. Ia terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat dan sebuah kantin.

Pada Januari 1964, Bangunan baru Ulu Kelang Primary English School, Kuala Lumpur telah siap pembinaannya di tapak yang Sedia ada sekarang. 2 buah kelas yang menumpang di SRJK ( Ing. ) Jalan Gurney telah dipindahkan ke sini dan Di tambah dengan 3 kelas lagi murid darjah 1 ( kemasukan Baru ). Ini menjadikan jumlah murid perintis sekolah ini Seramai 219 orang berserta dengan seorang guru besar, 5 orang guru dan seorang tukang sapu. Maka bermulalah Era SRK (1) Kuala Ampang yang mana pada waktu itu Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Miss Richards dilantik sebagai Guru Besar yang pertama Bagi sekolah ini. Sekolah ini telah menempatkan pelajar-pelajar Kelas Peralihan (Remove Class) yang akan memasuki sekolah menengah. Kelas-kelas ini telah diadakan pada sebelah petang dengan Dibantu oleh seorang penyelia iaitu Puan Chan Kong Yew.

Manaka sekitar tahun 1967, Kelas-kelas pemulihan ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Seorang guru khas iaitu En. C. Ayudorai. 2 tahun kemudian Iaitu pada Januari 1969, kelas kelas peralihan ini telah dipindahkan sepenuhnya ke SM Jenis Kebangsaan ( Ing. ), Batu 4 ½ Ulu Kelang. Bilangan murid sekolah ini terus meningkat. Menjelan Januari 1971, bilangannya telah mencapai 1450 orang dan ini telah memaksa Pejabat Pelajaran Selangor mengambil keputusan untuk memisahkan sekolah ini kepada 2 pentadbiran. Maka bermulalah era SRJK ( Ing ) Satu Hulu Kelang Baru. Miss E.R. Richards masih mengekalkan jawatannya sebagai guru besar dengan dibantu oleh seorang Guru Penolong kanan iaitu En. Abdul Manan Simpol. Dalam tahun 1972, nama sekolah ini ditukar pula kepada SR (Satu) Hulu Kelang Baru apabila Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. Majalah TEKUN diterbitkan buat pertama kalinya di bawah kendalian En. K. Kanapathy selaku Ketua Pengarang.

Dalam tahun 1973. Miss E. R. Richards telah bersara secara pilihan dan tempatnya telah diambil alih oleh En. Othman bin Mohd. Ali. Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan lagu sekolah dan mewujudkan Bilik Perpustakaan.

Pada 22 September 1973, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya. Pengerusinya ialah Tuan Haji Abdullah bin Sulaiman. Beliau memegang jawatan berkenaan sehingga tahun 1979.

Pada 20 Juali 1974, Perpustakaan E. R. Richards telah dirasmikan oleh En. Tan Teik Beng, Pengarah Pendidikan Selangor. Manakala pada tahun 1975, bangunan tambahan kantin dibina dan berkembar dengan bangunan yang lama. Bahagian dalam bangunan ini kemudian telah diubahsuai oleh PIBG dan dijadikan Bilik Sains pada tahun 1981. Dalam tahun 1976, sekolah ini mengalami 2 peristiwa penting. Pertama, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada SRK (Satu) Kuala Ampang sejajar dengan pertukaran nama Hulu kelang baru kepada Kuala Ampang. Maka bermulalah era SRK (1) Kuala Ampang sehingga ke hari ini. Kedua, En. Othman bin Mohd. Ali telah bertukar ke SK Hishamuddin. Beliau telah digantikan oleh Tuah Haji Fakhruddin bin Hussein.

Pada Disember 1979, Tuan Haji Fakhruddin telah bertukar ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan tempatnya diambil alih oleh Tuan Haji Hamzah Maamur bin Sulaiman. Pada tahun ini juga, PIBG telah memilih Y.B. Dato’ Haji Othman Bukhari untuk menerajui pucuk PIBG. Di bawah pimpinan Yang Berhormat, banyak projek-projek menambah tabungan kewangan PIBG telah dilaksanakan. Di bawah pimpinannya, PIBG telah membiayai pembinaan Stor Pendidikan Jasmani. Impian beliau yang utama ialah untuk mendapatkan sebuah bas sekolah. Impian menjadi nyata apabila PIBG telah berjaya membeli sebuh bas model Nissan C1 800 dengan nombor pendaftaran BBU 8281 yang mampu memuatkan seramai 66 orang murid. Malangnya pada tahun 1983 beliau tidak lagi dilantik menjdai YDP PIBG. Namun demikian usaha tetap diteruskan. Perasmian bas berkenaan telah dilakukan sendiri oleh beliau bersempena dengan 10 tahun kelahiran PIBG.

Pada tahun 1983, bangunan tambahan 2 bilik darjah telah dibina di belakang bolk B melalui projek kilat kementerian pendidikan. Sekali lagi Guru Besar bertukar apabila Tuan Haji Maamur berpindah ke Bandar Baru Bangi. Pada 1 Mac 1986, En. Muhammad Zam Zam Salimon melapor diris ebagai Guru Besar sekolah ini. Beliau sebelum ini merupakan Guru Besar SK Bukit Badung. Beliau tidak lama di sekolah ini dan bertukar pada 31 Ogos 1987. Kempimpinan PIBG juga bertukar kepada Tuan Haji Abd. Aziz bin Mhd. Yusof.

Pada 1 September 1987, Tuan Haji Mohd. Yusof melapor diri sebagai Guru Besar sekolah ini. Di bawah pentadbirannya, surau sekolah telah dinaik taraf dengan bantuan PIBG. Beliau menjadi Guru Besar sehingga tahun 1989 apabila tempatnya digantikan oleh En. Anuari Haji Daud. Keadaan En. Anuari yang begitu tidak mengizinkan telah memaksa beliau mengundur diri dari profesion perguruan apabila beliau kembali kerahmatullah pada 20 Mei 1991.

Tahun 1991 juga melihat sekolah mendapat 4 lagi bilik darjah tambahan menerusi projek kilat kementerian pendidikan yang mana ia dibina di hadapan bolk A. En. Abdul Halim b. Md Zaid mengambil jawatan Guru Besar. Keadaan beliau yang berulang alik dari kediaman di Bukit Badung ke Kuala Lumpur telah memaksa beliau bertukar pada tanggal 30 Jun 1993.

Pada 14 Julai 1993, En. Mohd. Yatim b. Dolir melapor diri sebagai Guru Besar yang ke 9 sekolah ini. Ketika itu, kerja-kerja pembinaan blok baru 3 tingkat yang menempatkan 12 bilik darjah dalam fasa terakhir pembinaan. Pada September 1993, kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk pembinaan blok tambahan dimulakan. Sepanjang kerja-kerja pembinaan ini dijalankan, perhimpunan mingguan sekolah terpaksa diadakan di luar bilik darjah masing-masing.

Pada 21 April 1994, upacara penyerahan kunci bangunan baru oleh pihak kontraktor ( Joskita Sdn. Bhd. ) kepada pihak sekolah telah diadakan dengan disaksikan oleh wakil dari Jabatan pendidikan Selangor dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Guru Besar SRK (2) Kuala Ampang, Puan Asnanjar Alias juga turut hadir bagi menyaksikan upacara berkenaan. Manakala pada 22 April 1994, suatu majlis permuafakatan di antara SRK (1) dan SRK (2) telah diadakan. Di samping itu, pihak sekolah terhutang budi kepada pihak PIBG kerana telah sudi untuk mendahulukan perbelanjaan menurap kawasan dataran perhimpunan sekolah yang mana telah menelan belanja sebanyak RM 7,800.00.

Dengan terbinanya bangunan baru ini, maka pihak sekolah telah memperolehi beberapa kelebihan bilik untuk dijadikan bilik Perpustakaan, Makmal Sains dan Bengkel Kemahiran Hidup. Buat masa ini, kerja pengubahsuaian sedang dilaksanakan di blook baru untuk dijadikan Pejabat Am dan bilik GPK. Sehubungan dengan itu, pejabat lama akan diserahkan kepada SRK (2) manakala bilik Guru Besar akan dijadikan sebagai Klinik Sekolah.

Teraju Guru Besar terus berpindah tangan. Tuan Haji Mawardi bin Mohd. Yusof merupakan pimpinan ke 10 yang mana telah melapor diri pada 1 Oktober 1995. Setelah berjaya menamatkan pengajian laur kampus di universiti, beliau telah ditempatkan semula di sekolah baru iaitu di SMK Dato’ Ahmad Razali. Puan Hajah Musalmah binti Baharuddin mula melaporkan diri pada 16 Oktober 2002 sebagai Guru Besar ke 11.